Pages

Saturday 24 March 2012

CENDAWAN DADAR

1 pot cendawan sisir – rendam sekejap-toskan air-tumbuk pecah2 sahaja
Telur – 4 biji – masuk sesudu air dan pukul sebati
Bawang besar – ½ cawan-potong halus
Cili merah – ½ cawan – potong halus
Daun kunyit muda – 2 helai –mayang halus
Daun limau purut- 2 helai – mayang halus
Serbuk kunyit – ½ sudu teh
Sedikit garam dan penambah perisa.

CARA MEMASAK
1.       Campur kesemua bahan kedalam adunan telur dan kacau sebati. Dan buat lah seperti telur dadar biasa.


Nota : Boleh juga diganti dengan cili api pada yg suka lebih pedas dan tambah kelapa parut pada yang suka lebih lemak.tapi kelapa kenalah ditumbuk halus dulu.


UDANG PENGANTIN

Udang – 10 ekor –dibelah belakang, bersihkan dan goreng dgn garam/ serbuk lada sulah
Tomato puri – 1 cawan
Susu cair – ½ cawan
Bawang goreng – 1 cawan
Kacang peas – 1 tin kecil
Badam – ½ cawan –goreng –kisar kasar
Mentega dan minyak –untuk goreng udang dan tumis
(Gunalah sedikit  minyak yang sama)

BAHAN DIKISAR

Cili kering – 10 biji – buang biji dan rebus
Bawang putih – 5 biji
Halia – 1 inci
Jintan halus – 1 sudu
Jintan kasar – 1 sudu
Kismis – ½ cawan

CARA MEMASAK
1.       Dikuali tumis bahan yang dikisar, hingga naik bau masuk puri tomato,susu cair,badam dan sedikit garam, masak hingga agak pekat, masuk sedikit gula.
2.       Setelah kuah pekat masuk kacang peas dan bawang goreng,gaul rata dan tuang keatas udang yang telah disusun dipinggan. Hias lah dengan potongan lemon.




PAJERI NENAS

Nenas – 1 biji –dipotong nipis–belah dibahagian tengah.
Udang kering – ½ cawan
Kerisek – ½ cawan
Bawang merah – 10 biji - kisar
Bawang putih – 5 biji-kisar
Halia – 2 inci-kisar
Kelapa parut – ½ cawan –dikisar halus
Gula Melaka-1 keping –hancurkan
Rempah kari daging-1 peket kecil

BAHAN TUMIS

Bawang merah – 5 biji
Bawang putih – 3 biji
Daun kari-1 tangkai,kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga.

CARA MEMASAK
1.      
Rebus nenas dengan gula Melaka.jika nenas agak masam boleh tambah sedikit gula putih.
2.       Diperiuk tumis bawang,daun kari dan lain lain.bila agak garing masuk serbuk kari yang dicampur sedikit air, masak lagi hingga rempah masak dan garing.masuk nenas yang direbus dgn gula  Melaka dan secawan air masuk kerisek dan kelapa yang dikisar halus.masuk garam dan sesuaikan rasa.masak sehingga kuah pekat.





LALA MASAM MANIS

Lala – sekilo – bersihkan tanah didalam lala.rendam dgn limau sekejap.bersihkan
Nenas – 1 cawan- potong dadu
Timun – 1 cawan – potong dadu
Batang seleri – 1 cawan – potong dadu
Bawang besar  (kuning)– 1 cawan – potong dadu
Halia muda – ½ cawan -  potong nipis

BAHAN SOS - dikisar

Cili padi – 5 biji-rebus dgn bwng putih dan kisar
Cili besar – 10 biji- rebus dgn bwg  putih dan kisar
Bawang putih – 5 ulas direbus bersama cili dan kisar bersama
Gula Melaka – ½ cawan –hancurkan

CARA MEMASAK

1.Dikuali tumis halia setelah naik bau masuk bahan sayur yang dipotong dadu,setelah rata masuk lala dan ditutup sekejap.setelah lala bertukar warna masuk bahan sos yang dikisar, tabur sedikit garam dan sedikit air rebusan ayam atau kiub pati ayam,masuk air tepung jagung sebanyak ½ cawan untuk pekatkan kuah.masuk sedikit minyak bijan jika suka.




AYAM PERCIK

Ayam – 1 ekor –dipotong 8 bahagian
Santan pekat – 3 cawan
Tepung jagung – 2 sudu.

BAHAN KISAR

Serai – 3 batang
Halia – 2 inci
Lengkuas – 2 inci
Bawang putih – 5 biji
Bawang merah -5 biji
Buah keras – 10 biji
Kunyit hidup – 2 inc1 atau serbuk kunyit 2 sudu
Gula Melaka – 1 keping
Jintan manis – 2 sudu
Jintan putih – 2 sudu

CARA MEMASAK

1.Di kuali masuk santan, bahan kisar,air asam jawa,garam secukup rasa.masak sehingga ayam cukup empuk. Keluarkan ayam dan masak kuah sehingga agak pekat.masuk dulu ½ cawan air tepung jagung.
2.Bakar ayam di kuali pembakar atau arang sambil disapu kuah yang dipekatkan tadi sehingga ayam garing dan dan cantik warnanya.

Nota : kalu nak buat ayam golek seekor x payah la potong, melainkan ayam tu diurut sekejap supaya daging ayam jadi lembut.



DAGING MASAK HITAM

Daging lembu – 1 kilo –dipotong lebih kurang 1 inci
Kerisek – 2 cawan
Kicap pekat manis – 1/2 botol
Asam jawa – ½ cawan (pes)
Air – 1 cawan
Gula – 1 cawan
BAHAN KISAR
Bawang merah – 10 biji
Bawang putih – 5 biji
Halia – 2 inci

REMPAH /GORENG TANPA MINYAK DAN KISAR

Kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, jintan halus, jintan kasar,cili kering – 10 biji

CARA MASAK

1.Perap daging bersama bahan kisar dan rempah kisar termasuk kicap ,asam jawa,gula  semalaman di  peti sejuk.
2.Tumis bawang besar dan daun pandan.masuk daging yang diperap dengan 3 cawan air.
3.Masuk juga kerisek dan masak sehingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.Untuk mencantik hidangan hiaskan dengan cili besar merah yang dibentuk seperti bunga.

Nota : Kalu nak masak ckit je daging, kurangkan la kuantiti sume bahan

PECAL SAYURAN

Sayur yang direbus – pucuk paku,pucuk ubi,kangkong,kacang panjang,taugeh,jantung pisang-rebus dan dipotong kecil kecil –timun dan sengkuang dipotong kecil memanjang.

KUAH PECAL

Bahan yang digoreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
Cili kering – 10 biji (potong kecil baru digoreng)
Bawang merah – 10 biji –potong nipis dan goreng hingga kuning
Asam jawa – 2 sudu –buang biji
Belacan – 1 inci
Kacang tanah – ½ kilo
Udang kering – ½ cawan
Gula dan garam ,sedikit air panas

 BANCUH DAN GAUL PECAL
1.      
Dalam bekas yang agak besar, masuk bahan yang digoreng dan kisar tadi, masuk juga gula dan sedikit garam.Bancuh dengan air panas sebanyak ½ cawan hingga sebati, masuk kacang tanah.
2.       Masuk semua sayuran dan kacau rata.biar adunan agak basah dan melekat pada sayuran.jangan masuk lebih air.Sesuaikan rasa
Nota : sedap juga kalu ditambah nangka muda yang direbus dulu dgn sedikit minyak masak-supaya x   melekat getah.







TOM YAM MAKLONG

Isi ayam,udang,sotong,isi ikan,tomato ,serai yang diketuk,daun limau purut ,bawang besar, cendawan tiram juga jagung muda dan bunga kubis.(ikut suka lah banyaknya)

BAHAN UTK STOK (air rebusan utk kuah)

Air kelapa dari 2 biji kelapa
1 ruas tebu di potong dan belah belah-dibuang kulit
Lengkuas - 2 inci,serai- 3 batang,bawang- besar-2 biji –dibelah 4.
Air - lebih kurang 3 gelas,daun serai kayu atau daun salam – 2 helai
Kaki dan tulang tulang ayam
(Rebus kesemua bahan diatas selama 1 jam dengan api perlahan)

BAHAN PES CILI

Cili kering – 5 biji atau cili api merah
Lengkuas – 2 inci
Bawang goreng – 1/2 cawan
Gula Melaka – ½ keping
(Semuanya dikisar dengan sedikit minyak dan air dan goreng sampai garing)

CARA MEMASAK

1.Dikuali masuk air rebusan sebanyak 3 gelas,masuk isi ayam dll,tomato,cendawan kecuali daun limau purut.
2.Masuk pes cili,garam, air limau nipis,daun limau purut dan daun ketumbar jika suka.sesuaikan rasa.jika kurang pedas boleh ditambah cili api.

IKAN LOMA MASAK TAUCU

Ikan loma (atau ikan sungai lain) 4 ekor – dikelar rapat
Cili besar muda (warna hijau ) 10 biji – dibelah dua tapi jgn putus
Bawang besar – 2 biji – dipotong bulat seperti gegelang
Taucu ( Kacang soya masin) – ½ cawan
Air asam jawa – 2 sudu, air panas – 4 cawan

BAHAN DI POTONG HALUS

Bawang merah – 5 biji
Bawang putih – 5 biji
Halia – 2 inci

CARA MEMASAK

1.Ikan loma di kelar rapat dan digoreng dgn garam dan kunyit.
2.Di kuali tumis bahan yang dipotong halus sehingga layu.masuk taucu dan goreng agak garing masuk juga cili hijau, masuk air asam  jawa dan air masak.masuk juga sedikit gula.tambahkan air panas jika suka lebih kuah.masuk juga bawang besar yang di potong bulat seperti gegelang. Masuk ikan yang telah digoreng dulu tadi.sesuaikan rasa.

Nota: Selain ikan sungai, ikan laut pun boleh juga dimasak taucu ni.biasanya ikan kembung atau ikan tenggiri juga bawal hitam.mesti digoreng dahulu. 

KELADI MASAK ASAM

 Keladi – 4 batang – potong kecil dan direbus dengan asam gelugor-toskan air
Daun kesum,ikan kembung – 3 ekor
Air asam jawa – ½ cawan

BAHAN KISAR

Bawang merah – 10 biji
Cili kering – 5 biji
Serai – 2 batang
Belacan – sedikit
Kunyit hidup – 1 inci

CARA MEMASAK

1.Diperiuk masuk keladi yang dah direbus, ikan kembung atau ikan sungai yang lain.
2.Masuk juga bahan kisar, air sebanyak menutupi ikan dan keladi.masuk juga daun kesum dan air asam jawa.masuk kan 1 sudu kecil  beras supaya kuah tidak terasa hanyir kerana ikan.
3.Setelah ikan lembut dan kuah agak pekat angkat lah.Sesuaikan rasa.


KELADI MASAK LEMAK

Keladi – 4 batang – bersihkan dan dipotong kecil-rebus dengan 2 keping asam gelugor.tos kan.
Santan pekat – 2 cawan
Air – 1 cawan
Asam gelugor(asam keping – 3 keping)
Daun kesum,pucuk paku yang di potong kecil.

BAHAN KISAR

Cili api – 10 biji
Bawang merah – 10 biji
Kunyit hidup – 2 inci
Ikan bilis- ½ cawan
Serai – 2 batang

CARA MEMASAK

1.Di periuk masuk keladi,daun kesum, pucuk paku dan bahan kisar juga sedikit air.masuk juga asam gelugur ( 1 keping )
2. Setelah mendidih masuk santan,garam,sedikit gula dan penambah perisa jika suka.sesuaikan rasa.Tambah air panas jika suka kuah yang lebih.
Nota : Maklong ingt lagi sewaktu bdk2 dulu suka sgt makan buah kulim yang dicampur k dlm gulai lemak keladi ni.buah kulim ni bbau wangi yg tsendiri tdpt di hutan Pahang dan Ulu perak.kalu d kmpg maklong kami guna kemahang yang diambil ditepi bendang.Lagi layan rasanya.kena yang pandai ambik le.kalu tidak gatal le tekak.




KARI IKAN MASIN

Ikan masin –5 ketul -  ikan talang, ikan merah juga ikan lain yang bsaiz besar .
Santan pekat – 2 cawan
Terung bulat – 3 biji – potong kecil
Bawang besar – 1 biji –dibelah empat
Sedikit air dan air asam jawa – 2 sudu

BAHAN TUMIS

Bawang merah – 10 biji- potong halus
Bawang putih – 5 biji-potong halus
Daun kari – 2 tangkai
Halba campur – 2 sudu kecil

BAHAN KISAR

Ketumbar – ½ cawan
Jintan manis – 2 sudu
Jintan putih – 4 sudu
Kunyit hidup – 2 inci
Cili kering – 15 tangkai
Buah keras – 10 biji

CARA MEMASAK
1      
       Dalam periuk masak ikan masin dengan santan dan segelas air.masuk juga air asam jawa dan bawang besar yang di belah empat
       
 kuali lain tumis bahan tumisan.setelah naik bau wangi masuk bahan yang di kisar .masuk sedikit air,setelah pecah minyak atau agak garing tuangkan kedalam periuk yang ada ikan tadi.masuk terung dan penambah perisa jika suka.
3.       
Masak sebentar sambil dikacau.setelah kuah pekat sesuaikan rasa.

KERABU DAGING

Daging – ½ kilo – dibakar
Kerisek – 1 cawan
Santan pekat – 2 cawan

BAHAN DIPOTONG HALUS

Bawang besar – 2 biji
Halia – 2 inci
Daun kesum,daun kemangi/daun selasih
Pucuk paku – direbus.
Limau nipis – 1 biji –ambil 2 sudu air

BAHAN KISAR

Cili api – 5 biji
Serai – 4 batang
Lengkuas – 2 inci
Udang kering – ½ cawan
Beras – ½ cawan – digoreng hingga kuning-kisar
Lada hitam – ½ sudu makan

CARA GAUL KERABU

1.Didalam satu bekas masuk bahan kisar dan santan ,garam,kerisek,air limau juga sedikit gula dan di gaul hingga sebati.Sesuaikan rasa.
2.Masuk daging yang di potong nipis dgn bahan yang dipotong nipis.gaul rata.masuk juga pucuk paku yang di rebus dan daun yang lain.
Nota : Kuah kerabu ini boleh juga digaul dengan sotong yang dibakar juga sayur lain seperti buah beka bakar,umbut kelapa direbus dan juga perut lembu yg direbus.


SAMBAL SOTONG

Sotong – 1 kilo –size sederhana
Santan pekat – ½ cawan atau 1/2 kotak santan
Kacang tanah – ½ cawan –yang digoreng tanpa minyak dan kisar

BAHAN KISAR

Cili kering – 10 biji-buang biji dan rebus.
Cili merah (besar) – 5 biji
Halia – sedikit
Bawang putih – 5 ulas
Belacan – sedikit

BAHAN LAIN

Air asam jawa – 2 sudu,gula dan garam,penambah perisa.
Bawang besar 2 biji – dipotong seperti gegelang

CARA MEMASAK

1.Sotong dibuang kulit dan belah sahaja.bersihkan.
2.Dikuali tumis bahan kisar hingga garing.masuk sotong,garam, gula dan air asam
Masuk juga santan ,potongan bawang besar,kacang tanah yang dikisar.masak sehingga sotong lembut dan kuah agak pekat.sesuaikan rasa.




MASAK LEMAK DAGING SALAI PATTANI

 Daging kerbau atau lembu - 1 kilo di salai (bakar) dan dipotong nipis.
Santan pekat – 4 cawan
Air – 3 cawan
Ubi kentang – ½ kilo – dibelah empat
Daun kesum,kerisek- ½ cwn,asam gelugor- 2 keping,garam dan sedikit gula.

BAHAN KISAR

Cili api – 10 biji
Serai – 3 batang
Lengkuas – 3 inci
Halia – 2 inci
Kunyit hidup – 2 inci
Bawang merah – 10 biji
Buah keras – 5 biji

CARA MEMASAK

1.Dikuali masuk daging, bahan kisar dan air juga sedikit garam.masak.
2.Bila kuah agak kurang masuk santan dan ubi kentang.masuk daun kesum,asam gelugor,kerisek dan tabur sedikit gula.sesuaikan rasa.

RENDANG AYAM KAMPUNG

Ayam kampung – 1 ekor – potong kecil
Santan pekat – 3 cawan
Air – 4 cawan
Kerisek – ½ cawan
Garam,asam gelugor – 1 keping

BAHAN KISAR
Serai – 6 batang
Lengkuas – 2 inci
Cili kering – 15 biji
Kunyit hidup – 1 inci
Belacan – sedikit

BAHAN DI POTONG HALUS
Bawang merah – 15 biji
Bawang putih – 5 biji
Halia – 2 inci
Daun Kunyit – 3 helai

CARA MEMASAK

1.Di kuali masuk ayam yang telah di cuci bersih dan rendam  dgn bancuhan tepung gandum dan air selama sekurang kurang  30 minit.Cuci bersih.Masuk bahan kisar dan air.Masak dengan api sederhana sehingga daging ayam lembut.Boleh juga ditutup supaya ayam cepat lembut. Masuk  pula santan dan bahan yang  dipotong halus, kerisek juga asam dan garam.Sesuaikan rasa dangan sedikit gula.

2.Masak rendang dengan api perlahan .kacau sekali sekala sehingga kering.

Nota: Sekiranya menggunakan ayam biasa sukatan air hendaklah dikurangkan agar ayam tidak hancur kerana ayam biasa lebih lembut.

KETAM MASAK LEMAK


Ketam -  lebih kurang 4 ekor
Santan pekat – 2 cawan
Buah tomato – 3 biji – dibelah 4.
Daun kunyit – 2 helai – mayang halus
BAHAN DIKISAR
Cili api – 10 biji
Kunyit hidup -  2 inci atau kunyit serbuk
Bawang merah – 5 biji
Serai – 2 batang
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK
1.Dikuali masuk ketam yang telah dicuci bersih bersama bahan kisar dengan 2 cawan air.Masak sambil dtutup kuali selama 20 minit.Setelah itu masuk santan,hirisan tomato,garam dan sedikit gula juga hirisan daun kunyit.Masuk juga penambah perisa jika suka.